20.4.11

Wrapper Bar Coklat Pertama Kami

Salam Sejahtera:)


Kalini teringin pulak nak kongsikan rekabentuk wrapper pertama yang saya cipta. Buat pertama kalinya,saya buangkan terus caj rekaan.Almaklumlah..,tempahan rekabentuk pertama berkaitan coklat.


~Simple red black flower ornament~

Ia rekaan pertama dan saya masih terketar-ketar walaupun selepas tempahan siap. Mengapa? Sebab takut tak diterima designnya,walaupun warna dan temanya kena sangat sebagaimana saya tunjuk pada awal rekaan pembalut ni siap.

Oh ya,terlupa pulak nak maklumkan.Masa tu,saya belum buat coklat lagi (melainkan gemar makan ..) dan rekabentuk ini digunakan oleh sahabat saya dalam memenuhi tempahan coklatnya perkahwinannya yang pertama:)

Ohhh..,tak terduga,kali ni kami betul-betul membuatnya pula! Di lain masa,saya akan kongsikan kepada anda rekabentuk lain yang kami pasarkan.

~chococOol

No comments:

Post a Comment